h1

ujian datang setiap masa

Jun 6, 2008

ujian yang lebih BESAR menanti.
antara redha dan amarah melawan,
apakah keputusan?
masih tiada jawapan.

aku harapkan cahaya.
keberkatan.
taufikNya.
berbekalkan NIAT yang tulus,
USAHA yang terdaya
dan jua DOA tawakkal aku kepadaNYA.

aku harapkan perjuangan yang terus.
hingga ke akhir nafas.
dalam mencari
mardhaatihi

khatimah yang baik
dalam segala urusan.

amin.amin.amin.
YA RABB

terus berharap.

h1

Petikan Ashabul Kahfi 2

Mei 11, 2008

Kisah ini saya lupa dikutip di mana, segala data-datanya hilang entah ke mana, tetapi alhamdulillah, saya masih simpan dalam thumbdrive. Asalnya, kisah ini sebenarnya saya ingin menterjemahkannya ke dalam Bahasa Arab untuk pementasan lakonan. Bagi yang minta agar dipercepatkan sambungannya, ini lah siri yang terakhir, moga dapat memberi manfaat. :)

_________________________________

Pada suatu hari perayaan ulang-tahunnya, raja sedang duduk di atas singgasana mengenakan mahkota di atas kepala, tiba-tiba masuklah seorang hulubalang memberi tahu, bahwa ada balatentara asing masuk menyerbu ke dalam wilayah kerajaannya, dengan maksud hendak melancarkan peperangan terhadap raja. Demikian sedih dan bingungnya raja itu, sampai tanpa disadari mahkota yang sedang dipakainya jatuh dari kepala. Kemudian raja itu sendiri jatuh terpelanting dari atas singgasana. Salah seorang pembantu yang berdiri di sebelah kanan –seorang cerdas yang bernama Tamlikha– memperhatikan keadaan sang raja dengan sepenuh fikiran. Ia berfikir, lalu berkata di dalam hati: “Kalau Diqyanius itu benar-benar tuhan sebagaimana menurut pengakuannya, tentu ia tidak akan sedih, tidak tidur, tidak buang air kecil atau pun air besar. Itu semua bukanlah sifat-sifat Tuhan.”

Enam orang pembantu raja itu tiap hari selalu mengadakan pertemuan di tempat salah seorang dari mereka secara bergiliran. Pada satu hari tibalah giliran Tamlikha menerima kunjungan lima orang temannya. Mereka berkumpul di rumah Tamlikha untuk makan dan minum, tetapi Tamlikha sendiri tidak ikut makan dan minum. Teman-temannya bertanya: “Hai Tamlikha, mengapa engkau tidak mau makan dan tidak mau minum?”

Baca baki entri ini »

h1

Lambai lambai dia..

April 5, 2008

Rehat.

Fuhh..

h1

Februari 24, 2008

Bait-bait yang menaikkan semangatku :

” Lazem bokra hayeb2a ahla,

law ghayyarna shwayya hayatna,

et taghyeer de haga sahla,

law rakkezna wa angezna “

feel like singing tralalalala~

Ohhhh!!! :)

______

Esok itu pasti indah,

jika kita dapat berubah sedikit demi sedikit,

perubahan itu perkara mudah,

jika kita memberikan sepenuh tumpuan dan dapat memperbaiki diri :)

h1

Jika

Februari 2, 2008

jika hidup ini tanpa Dia,

masakan aku boleh terus bernafas,

jika kasih aku bukan kerana Dia,

masakan bumi ini aku tunduk sujud akur padaNya,

jika lambaian ini sudah sampai,

masakan ada masa untukku  berundur lagi,

jika perginya ’seorang insan’ yang ku sayang,

masakan air mata ini takkan mengalir,

rindu pun jua takkan pernah hilang,

hanya boleh ia

bersemadi dalam kenangan,

harapanku moga dapat ku ketemu ‘insan’ sepertimu,

tapi kerap kerap tiada

jarang jarang ada

kembalilah!!!!

__________

aku tujukan buat ibunda dan ayahandaku yang tersayang, moga selamat pergi dan selamat sampai dan selamat pulang. :(

aku tujukan buat kucingku Bul bul,  aku rindu sangat padanya!!!!!!!!!!!!!!!!! sedihnya :(

moga abe HENSEM, cool lagi kacak dapat ambil iktibar diatas pemergian insan yang tersayang seperti yang telah berlaku keatas kami..

h1

Disember 25, 2007

cimg6500.jpg

no mirror ever became iron again,
no bread ever became wheat,
no ripened grape ever became sour fruit.

mature yourself and be secure from a change for the worse.

become LIGHT!

__________________

Jelaluddin Rumi

h1

Imam Ash’ari Repudiating Ash’arism

Disember 21, 2007

Question 2: The Salafis claim that Abul Hasan Ash‘ari formulated the Ash‘ari tenets of Islamic faith (‘aqida) while he was between the Mu‘tazila and Ahl al-Sunna, and that he later refuted his formulations and joined Ahl al-Sunna in the Hanbali madhhab before he died. Is there any truth in this? They say his last book, al-Ibana, contains the refutations. If not, how can I prove it to these people? They also say that he had a second dream in which the Prophet (Allah bless him and give him peace) appeared to him and told him that his Ash‘ari positions were wrong!

Answer:

The Ash‘ari school and Maturidi schools have represented the ‘aqida or “tenets of belief” of the majority of Sunni Muslims for more than a thousand years; just as the Hanafi, Maliki, Shafi‘i, and Hanbali schools have represented the shari‘a or “Sacred Law” for the majority of Sunni Muslims for this period. Those against these two traditional schools of tenets of faith are people of bid‘a, defined in a fatwa or formal legal opinion by Imam Ibn Hajar Haytami as “whoever is upon other than the path of Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a, Ahl al-Sunna wa l-Jama‘a meaning the followers of Sheikh Abul Hasan Ash‘ari and Abu Mansur Maturidi, the two Imams of Ahl al-Sunna” (Haytami, al-Fatawa al-hadithiyya, 280). In the past, such contraventions, aside from Mu‘tazilites, Shiites, and purely sectarian movements, were confined to a handful of mainly Hanbalis, whose bone of contention with the two traditional schools was that neither had anything to do with their literalist, anthropomorphic understanding of Allah Most High, which they promoted by all means at their disposal.

Baca baki entri ini »

h1

Bisik Hati

Disember 18, 2007

ku bertarung,
ku menentang,
demi kebenaran,
demi ketaatan,
ku tempuhi dengan penuh kesabaran,
moga redha allah dapat ku gapai.

ohh..
perit, perit,
ingin sahaja ku berhenti,
alangkah indah jika tiap yang dipandang manis itu baik,
jika tiap yang ku hajati itu terlaksana penuh elok,
lantas dapat ku menghela nafas puas,
moga dapat ku sujud kepada Yang Esa menghitung syukur yang tak terkira luas.

di mana kah aku?
di jalan itu.
jalan apa?
jalan yang menguji.
mampukah aku diuji?
bila sabar menguasai, bila marah ditunduki, bila taat memimpini, bila hidayat menerangi, dari Allah, satu-satunya yang ku sembahi,
terus jalan itu mudah dilalui.
perlahan-lahan hati yang keras itu dilembuti.
mudah-mudahan.
bekalan dari kalian ku panjatkan.

doakan.doakan.doakan.

wahai teman.

agar hati ini ditabahkan.disucikan.ditenangkan.

dalam menempuh lautan ilmu Allah.

___________

Ohh!

Selamat Hari Raya Korban

h1

Adam

Disember 16, 2007

Adam,mengertilah…
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas…
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah…
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg
terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia…
telah Hawa cuba menjaga diri ini
sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari
tabarruj..
perfume, make up, perhiasan…
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..

Adam,mengertilah…
Hawa ini berjiwa lembut…
sukar untuk Hawa menolak bila Adam
meminta…
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah
maksiat…
namun, Hawa lemah…
Hawa takut zina hati…

Adam,mengertilah…
setiap kali ’sms’ diterima..
Hawa keliru…
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat…
Hawa tewas…
Hawa reply juga…
mengenangkan Adam adalah sahabat….

Adam,mengertilah…
setiap layanan yg Hawa beri hanya
sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang
Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah…
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah ‘couple’ yg Hawa pinta…
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa
sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya…

Adam,mengertilah…

_______________________

Ish2..

h1

Disember 15, 2007

It is reported that the Messenger of
God said: “God is beautiful and He loves
beauty”.

It is God who made the world and brought
it into existence. The entire universe
is therefore supremely beautiful. There
is nothing ugly in it. On the contrary,
in it God has brought together all
perfection and all beauty.

__________________________

Futuhat al-Makkiyya by Ibn Arabi

satukanlah

h1

Kawan.. Dengarlah luahan hatiku..

Oktober 4, 2007

Kawan,
entah kenapa hati ini begitu gelisah,
entah kenapa hati ini tidak bisa menatap,
mendengar,
merenung lama-lama,
entah kenapa..
seakan-akan hati ini ingin berubah keras,
melihat khilaf itu ini bertebaran sana sini,
membaca bebelan mu memperjuangkan bid’ah
bagaikan selamanya takkan berakhir pergi,
membincang taraf hadis bagaikan ilmumu
melangit tinggi,
bukan aku tidak mahu,
bukan aku tidak suka,
cuma aku seakan tidak mahu percaya,
adakah ini yang ku pinta?
adakah ini yang ku terima?

entah kenapa..

adab ulama sudah ketinggalan zaman,
berdebat menjadi hobi kau gemari dengan
bahan-baha n sensasi yang usah dikata
pasti tidak berkesudahan,
biar ilmu setinggi gunung,
biar petah kepada lawan kau menentang,
kau seolah tidak mahu mengalah berlawan,
kau seolah tidak mahu luaskan dada mu
lapang-lapang,
untuk menerima bahawa ikhtilaf ulama’
sampai bila tidak akan berkesudahan,
dikata maudhu dhoif,
kau terima bulat-bulat tak mahu berinjak
daripada kuatnya pegangan,
kau tidak terima sebarang penjelasan,
keran a kau tolak semuanya itu
mentah-mentah ..

OHHH !!!

apalah yang mampu ku katakan,
apalah yang mampu ku sampaikan,
sekadar rasa sesal yang mendalam tak
terpujuk oleh belaian tangan..

cukuplah sudah..
aku tak mampu lagi berkata,
resah ku tidak ada penamatnya,
melih at huru hara kununnya bid’ah yang
kau perjuangkan..

siapalah aku untuk melarang..
selain doa sahaja yang dapat ku panjatkan,
moga hidayat taufiqNya sentiasa dalam
dakapanmu.. Wahai KAWAN..

h1

Ramadhan

September 11, 2007

Jangan lewatkan kesempatan “Ramadhan Big Sales” yang akan segera tiba, yaitu :

- Gandaan pahala tiada tandingan.
- Amalan sunnah dihargai sebagai fardhu (wajib) di bulan lain.
- Amalan wajib diharga berlipat ganda dari pada di bulan lain.
- Sepertiga bulan yang pertama adalah limpahan RAHMAT.
- Sepertiga bulan yang kedua adalah limpahan AMPUNAN.
- Sepertiga bulan yang terakhir adalah ITKUM MIN ANNAAR (pembebasan dari siksa neraka).
- Nantikan bonus di akhir bulan, siapa tahu Anda mendapatkan door prize : Lailatul Qadar.
- Dapatkan hadiah utama di akhir bulan berupa ampunan atas seluruh dosa yang lalu dan kembali ke fitrah.

Marhaban ya Ramadhan (Selamat Datang Ramadhan)

_____________________________________________

* Ringkasan ini diambil daripada sebuah hadis panjang. Mengenai darjat hadis ini pula terdapat ikhtilaf di kalangan para ulama’ muhaddithun. Walaupun ia dhoif ataupun munkar bagi SESETENGAH pendapat ulama muhaddithun, namun ianya tidak menghalang kita daripada terus berlumba-lumba untuk melakukan amal ‘ibadah di bulan yang teramat mulia ini. Jadi, jika terdapat puak yang tidak puas hati dengan darjat hadis, katakan sahaja kepada mereka, hadis ini bukan maudhu’. Case closed. Jika ingin bertanya rujukan hadis ini di mana boleh rujuk Fadhilat Ramadhan karangan Sheikhul Hadis Zakariya rahmatullahi ‘alaih. Di dalamnya disebutkan juga mengenai darjat hadis ini di sisi muhaddithun. Wallahu a’lam wa ‘ilmuhu atamm.

ramadan11.jpg

h1

HATI-HATI GERAK LIDAHMU BILA MEMUJI.. OH !

Ogos 18, 2007

Seringkali kita lihat makhluk memuji sesama makhluk. [lebih kepada ‘hayawan natiq’ lah]. Ada orang puji boss supaya dapat naik pangkat, ada puji supaya orang lain balas pujiannya dengan pujian yang lebih baik.. Benda ini banyaknya berlaku dikalangan budak-budak perempuan.. Contoh :-

Minah : Tipah kau nampak cantik gilerr lah hari ini,aku tak tipu ! [walhal dalam hati menidakkan apa yang dipujinya]

Tipah : Ye ke? Kau pun apa kurang cantiknya, banyak laki-laki luar sana minta kau jadi girlfriend diorang..

Aminah : [ Tersipu-sipu malu]

Jadi, sepertimana mengumpat,mengejek,menghina dan sebagainya itu dilarang oleh syara’,maka seperti itu jugalah pujian yang diberikan oleh si pemuji itu akan menjadi haram hanya apabila :-

[1] Bila berlebih-lebihan dalam memuji sehingga akhirnya pujiannya itu menjadi dusta belaka.
[2] Bila adanya pujian itu, timbul perasaan riak dalam dirinya, seolah-olah dia menunjukkan cintanya terhadap orang yang dipujinya, ataupun dia sendiri tidak meyakinkan semua kata-kata pujiannya itu, maka dengan demikian dia telah menajdi seorang yang riak dan juga munafik.
[3] Bila memuji dengan mengatakan sesuatu yang diri sendiri tidak tahu sama ada betul atau tidak pujian yang diberikannya itu.
[4] Bila memuji untuk menggembirakan orang yang dipujinya meskipun orang itu seorang yang zalim atau fasiq.

Manakala mengenai orang yang dipuji itu pula hanya akan mengundang bahaya-bahaya dalam dirinya apabila :-

[1] Bila dipuji, akan mula rasa takabbur dan ‘ujub di mana kedua-dua sifat ini tidak lain hanya akan membinasakan dirinya.
[2] Bila dipuji, hati akan menjadi tenang dan gembira sehingga menyebabkan dirinya cuai dengan kesalahan-kesalahannya,dan menganggap dirinya sudah sempurna disebabkan pujian yang diberikan terhadapnya. Kemudian usahanya akan berkurang untuk membuat amalan-amalan yang baik.

Adakah pujian itu sememangnya dilarang oleh syarak secara mutlak?!

Jadi, diantara keadaan-keadaan yang membenarkan kita untuk memuji adalah :-

* Apabila pujian itu dapat menyelamatkan dari bahaya-bahaya ini ( sifat takabbur dsb)
sama ada pada diri si pemuji mahupun yang dipuji, maka tidak mengapalah untuk memberikan pujian itu, malah di dalam sesetengah perkara mungkin menjadi sunnat.

Kesimpulannya :

Orang yang mahu memuji itu sepatutnya tidak tergesa-gesa dalam memberikan pujian melainkan setelah dia mengetahui benar tentang diri orang yang dipujinya itu.

Ya Allah, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui, janganlah menyalahkan aku disebabkan apa yang mereka katakana, dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan !”

[Doa Hadrat Ali rdanhu ketika dipuji]

_____________________________________________

Bersua kembali setelah sekian lama saya mendiamkan diri,merehatkan minda [rehat ?oh sungguh lah rehatnya!],menyibukkan diri dengan hal duniawi saya yang sementara ini, akhirnya, dapat juga saya terbang bebas setelah sekian lama terkurung di dalam sangkar. Mungkin ada yang tertanya-tanya di manakah si Ghazwat [memang sudah ada orang yang menanya], masih tidak muncul di halaman blog ini.. Buat pengetahuan anda, Ghazwat masih belum bebas, ada kerja besar katanya.. Tapi jangan risau,beliau tetap akan kembali inshallah.. Jadi biarlah saya sahaja buat kali ini yang mengisi kekosongan blog ini dengan syai’un naafi’un setelah beberapa bulan lamanya direhatkan.. :)

Rujukan : Ringkasan Ihya’ Ulumiddin

h1

Orang baru

Julai 1, 2007

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini, untuk makluman anda semua, blog ini akan dimeriahkan lagi dengan hadirnya pendatang baru, menggunakan nickname Ghazwat, yang juga merupakan rakan seperjuanganku.. Mudah-mudahan, dengar hadirnya orang baru dalam blog ini akan membuahkan banyak manfaat buat diri saya dan semua orang inshallah wa bi ‘awnihi..

Sekian.

Terima kasih.

h1

Pengenalan Istilah-istilah Dalam Fiqh Syafiie (Secara Ringkas)

Julai 1, 2007

Azhar

Pendapat yang berasal daripada 2 qawl atau lebih oleh Imam Syafiie,di mana perselisihan dalam menentukan manakah qawl yang sebenarnya oleh Imam Syafiie yang sangat kuat.

Lantaran itu pendapat yang paling kuat dan terserlah hujjahnya diantara qawl-qawl itu dikenali sebagai Azhar.Sementara pendapat yang satu lagi yang berlawanan dengannya dikenali sebagai Zahir kerana kekuatan dalil kedua-duanya.

 

Masyhur

Pendapat yang berasal daripada 2 qawl atau lebih oleh Imam Syafiie,di mana dalam menentukan manakah qawl yang sebenarnya oleh Imam Syafiie tidak terdapat perselisihan yang kuat dalam perselisihan ini dikenali sebagai Masyhur sementara lawannya dikenali sebagai Gharib kerana kelemahan hujjahnya.

Kesimpulan : Azhar dan Masyhur merupakan fatwa yang lahir daripada Imam Syafiie sendiri.

Baca baki entri ini »

h1

10 Ways of Protection from Shaytan

Jun 26, 2007

Imam Ibn ul Qayyim al Jawziyyah

1. Seeking refuge with Allah from Shaytan. Allah the Most High said, “And if there comes to you from Satan an evil suggestion, then seek refuge in Allah. Indeed, He is the Hearing, the Knowing.” [41:36]

2. Recitation of the two soorahs al-Falaq and an-Nas, as they have wondrous effect in seeking refuge with Allah from his evil, weakening Shaytan and protection from him. This is why the Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said: “No person seeks refuge with anything like the Mu`awwidhatayn (soorahs al-Falaq and an-Nas)”. [an-Nasaa'i, 5337]

3. Recitation of Ayat al-Kursi (2:255).

4. Recitation of soorah al-Baqarah. The Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said, “The house in which al-Baqarah is recited is not approached by Shaytan.” [Muslim]

5. The final part of al-Baqarah. The Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said, “Whoever recites the two last verses of al-Baqarah at night they will suffice him.” [Muslim]

6. Recitation of the beginning of soorah Mu’min (Ghafir), until His saying, “wa ilayhi-l-maseer” (to Him is the destination). (i.e. “Ha. Meem. The revelation of the Book is from Allah, the Exalted in Might, the Knowing, the forgiver of sin, acceptor of repentance, severe in punishment, owner of abundance. There is no deity except Him; to Him is the destination.” [40:1-2])

7. Saying “la ilaha ill Allah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa `ala kulli shay’in qadir” (there is nothing worthy of worship except Allah, He has no partner, His is the Dominion and Praise, and He is able to do all things) a hundred times.

8. The most beneficial form of protection from Shaytan: abundance of remembrance of Allah, the Exalted.

9. Ablution and prayer, and they are from among the greatest means of protection, especially at the time of emergence of anger and desire.

10. Abstinence from excess speech, food and mixing with people.

h1

Mustafa Kemal Atatürk: The Enemy of Islam

Mei 27, 2007

by Mohd Elfie Nieshaem Juferi

__________________________________________

Abstract

A brief history of the life and policies of one of the most vehement enemies of Islam, Mustafa Kemal Atatürk. He was the founder of the secular Turkish state. It is an unfortunate thing that a lot of his policies are still being practiced in Turkey till this day. Women are still not allowed to wear the hijab in Government buildings and schools as it is seen to be a sign of fundamentalism. I have personally come across a group of Turks who shouted Bismillah ar-Rahman ar-Rahim loudly before they all drink alcohol which is very much the result of Kemalism. May God bless those who follow His path.

Atatürk’s Early Life

Mustafa Kemal Atatürk was born in 1881 in a shabby quarter of Salonika . After resigning from his job as petty Government clerk, his father, Ali Riza, twice failed in business, sought escape from his miseries in alcohol and died of tuberculosis when Mustafa was only seven years old. His mother, Zubaida, in strict purdah and entirely illiterate, ruled the family. In contrast to her husband, she was a devout believer and a pious Muslim. Like every other Turkish woman of her day, her entire life centered round her eldest son. With her deep religious convictions, Zubaida wanted him to become a pious scholar. But the son had different ideas. He fought tooth and nail against any kind of authority and was openly insolent and abusive to his teachers. He was arrogant in the extreme in the presence of his fellow students and refused to join the other boys in their games which made him justifiably unpopular. If he were interfered with in any way, he fought them, preferring to play alone. Once during one of these violent episodes, a teacher, blind with fury, intervened and beat the boy so hard that his honour was offended. Mustafa ran away and refused to return to the school. When his devoted mother tried to plead with him, he stormed back at her.

Baca baki entri ini »

h1

Bid’ah bukan hukum oleh Sheikh Nuruddin

Mei 5, 2007

h1

Hadis-hadis Mengenai Janggut

Mei 5, 2007

Di sini ingin saya nukilkan beberapa hadis berserta hukum mengenai janggut, yang dikeluarkan oleh 4 imam mujtahid. Diambil dari sebuah kitab kecil lagi nipis karangan Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya Kandahlawi rahmatullahi alaihi yang bertajuk : Janggut Dan Kepentingannya. Di mana diwajibkan bagi kaum adam membela janggut mereka dan larangan daripada mencukurnya. Mudah-mudahan kaum adam dapat mengambil iktibar daripada hadis-hadis nabawi yang mulia yang akan dibentangkan nanti dan berazam dapat mengamalkan sunnah Nabi SAW dan para anbiya’ alaihimussalam Inshallah Ta’ala wa bi ‘awnihi.

Ikhwah, Sheikhul Hadis Maulana Zakariyya adalah diantara orang kuat gerakan Tabligh. Sepanjang hidup beliau, banyak kitab-kitab ilmiyyah yang telah dihasilkan beliau. Bukan setakat kitab Fadhailul A’mal yang sudah menjadi rutin tablighi jamaat untuk membacanya di dalam majlis taalim mereka, tetapi banyak lagi kitab-kitab lain yang amat bermanfaat untuk dibaca,cuma kita sahaja yang tidak mahu ambil tahu. Mudah-mudahan Allah membalas jasa beliau dengan kebaikan amin.

Saya nukilkan hadith-hadith yang berkaitan dengan topik utama kita secara ringkas berserta hawalahnya, mafhum hadis Nabi SAW :

1) Sepuluh perkara adalah fitrah (sifat semula jadi), yang mana mengerat misai dan menumbuhkan (menyimpan) janggut itu juga disebutkan. ( Riwayat Imam Abu Dawud rahmatullahi alaih)

Disebut di dalam kitab Bazlul Majhud syarah Sunan Abi Dawud bahawa fitrah itu bermaksud cara kesemua anbiya’. Sepuluh perkara ini, yang diantaranya adalah mengerat misai dan menyimpan janggut yang penuh adalah amalan kesemua anbiya’ ‘alaihimussalam. Kita telah diperintahkan untuk mengikutinya sepertimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

Mereka ini adalah orang-orang yang mana telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka.” (Al-An’am :90)

Ini adalah ayat dalam juzu’ yang ketujuh di mana telah disebutkan di dalamnya pelbagai nama anbiya. Ulama’ berbeza pendapat di dalam menafsirkan makna ‘fitrah’ antaranya ada berpendapat bahawa :

[1] Fitrah itu bermaksud cara kesemua anbiya’ seperti yang sudah dijelaskan tadi. Dan beginilah caranya bagi kebanyakan ulama’ menafsirkan perkataan ‘fitrah’.
[2] Fitrah adalah sunnah daripada sunnah Sayyidina Ibrahim as.
[3] Fitrah adalah sesuatu yang diterima oleh orang biasa dan yang berketurunan baik.

2) Disebutkan dalam kitab Hukmullihyah fil Islam (hukum janggut di dalam Islam) beberapa hadith mafhum sabda Nabi :

** “Diantara fitrah Islam adalah ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut mereka. Berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu.” ( Riwayat Imam Ibnu Hibban)

** Terdapat seorang majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah. Tatkala melihatkan keadaan itu Rasulullah SAW bersabda : “Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut.” ( Musannaf Ibnu Abi Syaiban)

** Nabi tidak dapat menahan diri lantaran melihat 2 orang utusan yang datang dari istana maharaja Kisra dalam keadaan janggut dicukur. Baginda SAW bersabda : “Binasalah! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?” Mereka menjawa : Tuan kami, maharaja Kisra.” Rasulullah SAW bersabda : “Tetapi aku telah diperintahkan oleh tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai.

3) Orang yang tidak mengerat misai bukanlah daripada kalangan ummat Nabi. (Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Nasa’i rahimahumullah)

Wallahu a’lam

___________________________________________________________

h1

I Wish

April 22, 2007

i wish i could see through your eyes,
so i would know what you like to see.

i wish i knew your wishes,
so i could give you everything you want.

i wish i dreamed the same dreams you do,
and together we could make them come true.

i wish i would know what makes you happy,
so i could make you the happiest person in the world.

and lastly, i wish i were a cell in your blood,
so i would be sure i was somewhere in your heart.

dedicated to my beloved ++ friends..sayang kamuk semua!!

kucing sedang menunggu teman-temannya..huhu

** Menghitung hari tibanya international book fair 2007.. menghitung berapa kutub mahu dibeli.. tidak sabar rasanya.. (:

h1

Petikan Kisah Ashabul Kahfi

April 18, 2007

Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, yaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan nabi Musa as dan nabi Khidzir as serta kisah Dzulqarnain. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surat dimana terdapat tiga kisah tersebut. Hal ini tentu bukan kebetulan semata, tapi karena kisah Ashabul Kahfi, seperti juga kisah dalam al-Quran lainnya, bukan merupakan kisah semata, tapi juga terdapat banyak
pelajaran (ibrah) didalamnya.

Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim. Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja. Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kejaran pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.

Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT (Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-’Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).

Berikut adalah kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua) yang ditafsir secara jelas
jalan ceritanya…..

Baca baki entri ini »

h1

Ilmu & Masa

April 12, 2007

Salam kembali buat semua. Rasanya ramai sudah mula mengomel kenapa blog lama tak update. :) Maaf kerana masa tidak mengizinkan saya duduk menulis di blog ini. Tambahan komputer yang sedang digunakan ini bermasalah besar pula tu. Ujian..ujian..

Sepanjang tempoh cuti daripada menulis, saya lebih banyak membaca artikel blog teman2 dan sedikit sebanyak menyemakkan ruang komen mereka dengan komen2 saya. Cuti menulis di blog bukan bermakna cuti mengomen. Excuse accepted. :D. Hehe

Baru-baru ini saya singgah di blog ibnulfaridh , membaca artikelnya mengenai ” Menghargai Waktu Muda” yang mana sedikit sebanyak atau banyaknya dapat menyedarkan diri saya. Alhamdulillah. Ingin saya nukilkan sedikit kalam seorang ‘alim muda dari Jordan, Syeikh Abdul Latif Faudah yang telah ditemui oleh Ibnul Faridh sendiri :

“Ulama yang lahir pada hari ini 20 atau 30 tahun dahulu mereka adalah penuntut ilmu seperti kalian, kalian perlu bersungguh-sungguh dalam belajar dan memahami apa yang diajar, tidak ada seorang ulama yang lahir dalam tempoh 2 atau 3 tahun, belajarlah.”

Bila saya membaca nasihat ini, azam untuk mengurangkan penulisan saya semakin kuat. Mengurangkan penulisan bukan bermakna berhenti menulis. Sebaliknya, mengurangkan penulisan akan menambahkan ilmu Inshallah jika masa saya lebih banyak dipenuhi dengan membaca dan belajar. Kalam azimat ustazah saya masih terngiang-ngiang di  kepala di mana beliau menasihati saya :

“Janganlah kita menghitung berapa lama kita akan habis belajar, akan tetapi hitunglah berapa banyak manfaat dan ilmu yang telah kita perolehi ketika zaman belajar. Juga, Nabi Muhammad SAW dihantar kerana tiga perkara : 1) Ta’lim 2) Da’wah 3) Tazkiyyatunnafs (purification of the heart). Gunakanlah ketiga2 amalan ini dalam kehidupan seharian kita. Ketiga-tiganya tidak boleh berpisah (talazum). Kalau kurang satu, maka pasti terdapat kecacatan pada amalan yang lain. Gunakanlah masa anti dengan ketiga-tiga perkara ini.”

Nasihat yang ringkas tetapi padat maknanya. Saya bukanlah dilahirkan secara automatik sebagai seorang yang ‘alim. Setiap perkara ada tertibnya. Ada peringkat dan jalannya. Kejayaan tidak akan diperolehi tanpa kesusahan. Begitu juga dengan iman dan hidayat tidak akan diperolehi bila kita tidak mempunyai kesungguhan untuk berkorban di jalan Allah. Dan begitu juga ilmu yang bermanfaat tidak akan diperolehi tanpa belajar dan amal. Masa muda adalah masa yang paling sesuai untuk belajar walaupun kadang-kadang rasa diri dah tua. :D

Ku mohon maaf atas segala kesilapan, salah silap terlanjur bicara. Doakan supaya masa saya diberkati. Ameen.

” Hasibu qabla an tuhasabu..”

___________________________________________________________________

Dan Al-Fatihah buat arwah Tuan Guru Haji Wan Mohd Saghir bin Wan Abdullah rahimahullah yang merupakan tokoh ilmuwan lagi ahli sejarawan ulama Nusantara. Kalau ingin membaca karya tulisan beliau boleh klik di sini . Mudah-mudahan memperolehi manfaat dan timbul rasa mahabbah kepada ulama’2 kita.

Mafhum sabda Nabi SAW : “Bacalah Yaa-sin ke atas orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu.” (Riwayat Abu Dawud)

Jazakumullah khaira wa ma’assalamah!

h1

Cuti Rehat

Mac 17, 2007

Assalamualaikum.
Untuk pengetahuan anda, blog ini akan berehat selama sebulan. Ana syughul dengan byk perkara. Blog ini akan di-update semula selepas tempoh cuti sebulan inshallah. Sekian.

Segala kesilapan harap dimaafkan.

h1

Saya ikut mazhab tidak bermakna saya fanatik mazhab.

Februari 26, 2007

Ada puak anti-mazhab, ada puak yang dikata fanatik-mazhab, ada puak guna zahir dalil quran dan hadis. Katanya lebih mudah. Ada puak berpandukan kepada syarahan ulama’. Katanya kerana takut melakukan dosa dalam mengamalkan perkara yang tidak pernah diketahui mereka, tidak pernah didalami mereka sedangkan para ulama’ lebih awla.. Dua-dua puak ini kata tidak suka menimbulkan isu khilaf. Kalau dah khilaf, biarlah jadi khilaf. Jangan dibangkit-bangkitkan. Jangan diperjidalkan. Jangan pula nak memusuhi antara satu sama lain. Tapi saya rasa ragu-ragu. Rasa pelik. Adakah betul diantara mereka ini anti-berjidal mengenai isu khilafiyyah?

Tidak.

Walau apa jua alasan anda untuk men-defend diri anda, jawapan yang saya berikan adalah tetap sama. Bahawa anda lebih gemar berjidal mengenai isu khilafiyyah lebih daripada apa yang anda kata ‘anti-berjidal’ itu.

Bila kata isu ’sentuh isteri batal ke tak batal wudhu” tu adalah isu khilaf, perlukah anda (orang awam khususnya) untuk berjidal dalam perkara sedemikian? Kalau anda rasa ‘pegang isteri itu tidak batal’, maka adakah patut anda berjidal dengan puak yang berpendapat ’sentuh isteri batal wudhuk’? Apakah motif anda untuk membangkitkan isu-isu khilafiyyah ini? Supaya ummat Islam berpecah? Dan apakah wajib untuk anda (orang awam) memperjidalkan isu khilafiyyah? Adakah anda sudah cukup ilmu agama? Adakah anda sudah pandai memahami kalam Allah dan kalam Nabi SAW? Adakah anda sudah pandai membezakan aqwal para ‘ulama’? Adakah anda sudah pandai mentarjihkan dalil-dalil al-quran dan hadis?
Kalau ya. Tahniah. Anda memang hebattt!!!

Jadi, apa motifnya saya tulis mengenai perkara ini?

Sebab :

Saya sudah lali dengan puak yang menuduh puak yang mengikuti mazhab adalah fanatik mazhab.
Saya sudah jemu dengar puak anti-mazhab arab kata mazhab adalah bid’ah.
Saya sudah bosan dengar hujjah budak-budak muda yang hebat menggunakan dalil-dalil untuk mematahkan hujjah para ‘ulama sedangkan ilmu agama mereka sedikit pun tidak dalami. Kalau saya, saya lebih rela mendiamkan diri daripada berjidal mengenai perkara yang usulnya bukanlah bidang saya.

Saya ada satu soalan.

Apakah dengan berhujjah maka ia membuatkan anda lebih taqarrub kepada Allah? Adakah hati anda menjadi lebih lembut dan tenang? Adakah amal ibadah anda lebih konsisten? Adakah anda jaga solat di awal waktu? Solat jemaah? Zikir harian? Anda sibuk berhujjah sana sini tetapi bagaimana pula hubungan anda dengan Rabb anda? Mana yang anda lebih utamakan? Tepuk dada tanya iman. Tanya iman iman iman..

Sekadar untuk memuhasabahkan diri sendiri. Sekian.

Segala komen jidal akan tidak akan diterima.

h1

Maudhu’ Pada Sanad (2)

Februari 18, 2007

Sudah seminggu lebih saya tidak meng-update blog saya. Mungkin masa tidak mengizinkan. Banyaknya kitab-kitab yang perlu ditalaqqi dan ditelaah membuatkan saya agak sibuk. Maka saya tidak berkesempatan untuk duduk di hadapan computer sambil meng-update blog ini.

Jadi, selagi ada masa berbaki, saya ingin menyambung episod seterusnya mengenai hadis maudhu. Sekian.

CIRI-CIRI HADIS MAUDHU’

Sebagaimana para ulama meletakkan kaedah-kaedah dan ketentuan-ketentuan untuk mengetahui darjat Hadis Sahih, Hasan atau Dha’ifnya sesuatu hadis itu, mereka juga menentukan ciri-ciri untuk mengetahui kemaudhu’an sesuatu hadis itu. Mereka akan menentukannya melalui ciri-ciri yang terdapat pada SANAD dan MATAN (teks hadis).

Kita mulakan dengan :

Ciri-ciri Hadith Maudhu’ Yang Terdapat Pada SANAD :

[1] Pengakuan daripada si pembuat sendiri. Sepertimana pengakuan seorang guru tasawwuf, ketika beliau ditanya oleh Ibn Isma’il tentang keutamaan ayat-ayat Al-Quran bahawa :

لم يحدثنى أحد ولكنا رأينا الناس قد رغبوا عن القرءان فوضعنا لهم هذا الحديث ليصرفوا قلوبهم إلى القرءان.

: Tiada seorangpun yang meriwayatkan hadis kepadaku. Akan tetapi tatkala kami melihat orang ramai membenci Al-quran, kami ciptakan untuk mereka hadis ini ( tentang keutamaan ayat-ayat Al-quran), agar mereka menaruh perhatian untuk mencintai Al-Quran.

** Menurut Ibnu Daqiqi’l’id pengakuan seorang perawi belum dapat dipastikan bahawa dia memaudhu’kan sesuatu hadis kerana mungkin sekali perawi itu berlaku dusta dalam pengakuannya.

[2] Qarinah-qarinah yang menguatkan mengenai pengakuan perawi membuat Hadis Maudhu’.

Misalnya seorang perawi mengaku menerima hadith dari seorang guru walhal dia tidak pernah bertemu dengan guru tersebut. Atau perawi itu menerima hadis dari seorang guru yang telah pun meninggal dunia sebelum dia dilahirkan.

[3] Qarinah-qarinah yang saling berkaitan dengan perbuatan perawi tersebut.

Sepertimana yang pernah dilakukan oleh Ghiyas bin Ibrahim di kala beliau berkunjung ke rumah Al-Mahdy yang sedang bermain dengan burung merpati. Katanya :

لا سبق إلا فى نصل أو خف أو حافر أو جناح.

: Tidak sah perlawanan/pertandingan/perlumbaan itu melainkan pada melontar anak panah, menunggang unta, menunggang kuda atau melastik burung.

Perkataan ‘melastik burung’ itu adalah perkataan Ghiyas sendiri di mana beliau tambahkan lafaz tersebut di akhir hadith. Beliau berbuat sedemikian adalah bertujuan untuk menyenangkan hati Al-Mahdy atau setidak-tidaknya untuk membenarkan tindakan Al-Mahdy yang sedang melastik burung.

Perbuatan Ghiyas itu telah menjadi qarinah untuk menetapkan ke-maudhu’an sesuatu hadith.

Intaha.

Bersambung untuk episod seterusnya – Maudhu pada Matan Hadith

Rujukan kitab :

Ikhtisar Mushtalahul Hadis by Fatchurrahman

h1

Teguran kepada da’ie

Februari 11, 2007

Saya ingin menukilkan sedikit kalam Sheikh Syed Ahmad Semait rahmatullahi ‘alaih mengenai penyampaian dakwah. Syed Ahmad Semait merupakan penterjemah bagi ringkasan Ihya’ ‘UlumiddinMau’izatul Mukminin atau Bimbingan Mukminin di dalam Melayunya. Kitab ini sangat bagus untuk dibaca, bukan sahaja untuk memperbaiki diri bahkan sebagai santapan rohani. Tujuan saya nukilkan kalamnya di sini adalah supaya saya dapat memuhasabahkan diri saya yang begitu lemah ini, juga dapat memanfaatkan orang-orang awam di luar sana yang asyik atau giat melakukan kerja-kerja dakwah. Usaha mereka sememangnya bagus. Hanya Allah sahaja yang dapat nilai betapa tingginya ganjaran yang diberikan kepada mereka. Harap mereka akan terus istiqamah dalam menegakkan agama Allah. Jadi, marilah kita sama-sama memuhasabahkan diri kita dengan membaca sedikit sebanyak mengenai kalam Sheikh Syed Ahmad Semait.

Beliau berkata :

“ Pada zaman yang akhir-akhir ini, ada sekumpulan orang yang terlampau sibuk dengan tugas tabligh (menyampaikan dakwah) dan keinginan mereka untuk bertabligh serta menyebarkan agama Islam amat merasuk jiwa mereka sehingga mereka sanggup berkorban sesetengah kepentingan dan maslahah diri sendiri semata-mata kerana tabligh. Memanglah tabligh itu adalah suatu tugas yang sangat utama lagi mulia, yang mana setiap orang Islam yang berkeahlian wajib menjalankan tugas itu. Hanya tugas bertabligh itu ada bermacam-macam syaratnya. Dan syarat yang utama sekali ialah bagaimana kita boleh bertabligh kepada diri sendiri sebelum kita bertabligh kepada orang lain.

Orang yang belum melengkapkan dirinya dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan agama Islam haruslah menganjurkan diri agar mempelajari ilmu-ilmu agama yang wajib itu sebelum melibatkan diri dalam perkara-perkara tabligh. Sebab tabligh itu adalah satu tugas nubuwwah (kenabian) dan si muballigh itu adalah orang yang mewarisi perjalanan Rasulullah SAW dan kerana itu dia tidak seharusnya seorang yang masih jahil dalam berbagai-bagai perkara agamanya.

Orang seumpama ini haruslah terlebih dahulu bertabligh kepada diri sendiri yaitu dengan mempelajari mata pelajaran agama Islam dari guru-guru yang muktabar dan benar-benar mengetahui selok-belok agama Islam. Terutama sekali dalam perkara-perkara fardhu ‘ain. Setelah dirasakan dirinya telah lengkap, barulah dia cuba pula melengkapi orang lain. Kalau tidak, tentulah bahayanya lebih besar dari faedahnya.

Sepertimana saya katakana tadi, si muballigh itu adalah menjunjung tugas mulia yang mewarisi tugas para Nabi dan Rasul. Sedangkan para Nabi dan Rasul pula adalah orang-orang yang dilengkapi Allah dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Tidak mungkin seseorang yang jahil menjadi Nabi atau Rasul. Bagaimana itu boleh berlaku pada dirinya? Bukankah tugasnya ialah untuk membimbing ummat dan mengajar mereka akan hal ehwal agamanya?? Demikian pula dengan seorang muballigh. Tidak patut dia adalah seorang yang tidak berilmu atau orang yang masih cantik ilmu pengetahuannya tentang agama ataupun jadi pak turut belaka. Dia harus belajar terlebih dahulu.”

“Sebagaimana Nabi dan Rasul itu menjadi contoh dan tauladan buat ummat, demikian juga seorang muballigh itu harus menjadi kaca mata dan cermin kepada seumum masyarakat.”

Saudara saudari sekalian, kalam yang saya nukilkan ini bukan semata-mata untuk memburukkan nama ‘Tabligh’, akan tetapi, nukilan ini saya khususkan untuk diri saya terutamanya juga untuk para pendakwah di luar sana. Moga-moga kita dapat mengislahkan diri kita dan sentiasa menunaikan perintah Allah dan menjaga sunnah junjungan Nabi kita SAW. Inshallah wa bi ‘awnihi aminn ya rabb!

h1

Berzikirlah

Februari 8, 2007

Tazkiyyatunnafs

Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:

“Ucapan yang paling dikasihi Allah ada empat, iaitu:- SubhanAllah wal Hamdulillah wa La ilaha illa Allah wa Allahu Akbar”.

Inilah kalimah-kalimah yang paling dikasihi Allah, yang sewajarnya sentiasa basah bibir kita menyebutnya. Setidak-tidaknya didisiplinkan diri kita untuk mengucapkannya 100 kali pagi dan 100 kali petang, agar kita memperolehi kebajikan yang banyak. Sibuk mana pun kita, cubalah disiplinkan diri, disela-sela waktu yang kita ada. [1] Nabi s.aw. bersabda yang mafhumnya :

“Sesiapa yang bertasbih mensucikan Allah 100 kali waktu pagi dan 100 kali waktu petang, maka dia umpama orang yang mengerjakan 100 kali haji; Sesiapa yang bertahmid memuji Allah 100 kali waktu pagi dan 100 kali waktu petang, maka dia umpama orang yang menunggang 100 ekor kuda di jalan Allah, atau disabdakan baginda “orang yang berperang 100 peperangan (jihad)”; Sesiapa yang bertahlil mengesakan Allah 100 kali waktu pagi dan 100 kali waktu petang, maka dia umpama orang yang memerdekakan 100 orang hamba daripada keturunan Nabi Isma`il; Dan sesiapa yang bertakbir membesarkan Allah 100 kali waktu pagi dan 100 kali waktu petang, maka tiada seorang pun yang datang pada hari tersebut membawa pahala amalan yang lebih banyak daripadanya selain orang yang mengucapkan takbir seperti yang dia baca atau lebih banyak lagi.” [2]

Besar sungguh rahmat dan kemurahan Allah, sungguh Allah itu asy-Syakuur, amalan yang sedikit dan ringan diganjariNya dengan berlipat-lipat kali ganda. Masih mahu lari ke tuhan-tuhan lainkah kita, ketuhanan yang palsu semuanya, selain Allah al-Haq. Kerajaan bagi bonus sebulan gaji, kita sudah gembira (yang tak gembira tu, kena demand le lebih kat Pak Lah), naik gaji 10%, kita gembira, Ini Allah balas ganjaran entah berapa peratus lipat gandanya (yang faham matematik kira sendiri, aku dah tak cukup jari nak kira), tak percaya lagikah kita kepada kasih sayang Allah terhadap hamba-hambanya yang beramal. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menjadi hamba-hamba yang taat beramal kebajikan, Allah tidak akan mempersia-siakan amalan hamba-hambaNya yang tulus beramal.

________________________________________________

[1] Ini adalah kalam Sidi Abu Muhammad, boleh lawati blog beliau : bahrusshofa.blogspot.com
[2] Imam at-Tirmidzi meriwayatkan dalam “Sunan“, juzuk 5, halaman 288 - 289, sepotong hadits berdarjat hasan ghorib daripada Muhammad bin Waziir al-Waasithiy daripada Abu Sufyan al-Humairiy iaitu Sa`id bin Yahya al-Waasithiy daripada adh-Dhahhak bin Humrah daripada ‘Amr bin Syu`aib daripada ayahandanya daripada nendanya.

 

h1

Ada Apa Dengan Hadis Maudhu’? (1)

Februari 8, 2007

Definisi Hadis Maudhu’

هو المختلع المصنوع المنصوب إلى رسول الله صلعم زورا و بهتانا سواء كان ذلك عمدا أم خطأ

: Hadis yang dicipta serta dibuat oleh seseorang (pendusta), yang ciptaan itu dibangsakan kepada Rasulullah SAW secara palsu dan dusta, baik hal itu disengajakan mahupun tidak.[I]

Secara ringkasnya, yang dikatakan dengan perawi yang berdusta kepada Rasulullah SAW ialah mereka yang pernah berdusta dalam membuat hadith walaupun hanya sekali seumur hidupnya. Hadith yang mereka riwayatkan sekali-kali tidak akan diterima walaupun sudah bertaubat. Berlainan pula halnya dengan pengriwayatan orang yang pernah bersaksi palsu. Jika dia telah bertaubat nasuha maka dapat diterima.[II]

Rujukan sepenuhnya di dalam kitab Ikhtisar Mustalahilhadith’ oleh Sheikh Drs. Fatchur Rahman. Kitab ini amat berguna bagi para pelajar hadith untuk memahami dan mempelajari ilmu mustalahul hadith yang begitu banyak cabang-cabangnya. Bahagian ini akan bersambung secara berepisod Inshallah.

Wallahu ‘Alim.

Sekian,

Ruqayya

 


[I] Al- Adhwa’u ‘Ala As-Sunnah Al-Muhammadiyah – Muhammad Abu Rayyah page : 119

[II] Misykat Al-Masabih – rujuk pada muqaddimah usul hadith dalam kitab tersebut.

h1

Pancake

Februari 6, 2007

Minggu ini saya agak sibuk. Jadi saya mahu post entri yang santai-santai sedikit. Entri kali ini tidak islamik. Nak tahu apa dia? Resipi Pankek. Haha. Bagi sesiapa yang rasa agak bosan dengan benda memasak ni, boleh pergi ke tempat lain ye that suits you. Terima kasih. Kali ini, saya tidak perlu menulis bahan-bahan dan cara membuat pankek ini. Saya hanya perlu letakkan gambar pancake berserta dengan methods yang terdapat dalam gambar tersebut. Rasanya benda ini memang senang ja nak buat. Tapi saja ja nak post kan di sini. :D . Enjoy!

Pancake

h1

Malu Tudung Itu

Februari 3, 2007

mengapa malu tudung itu
kau malu atau tak mahu
aku tahu kau tahu
rambutmu yang bubuh ungu itu
tak dapat tidak
adalah yang paling dungu

mengapa malu tudung itu
kau campak ke tilam tidurmu
kau renyuk masuk almari baju
lepas sekolah kau togel kepalamu
kau bubuh syampoo
tapi bau sampah yang aku bau
kau tahu aku tahu
rambutmu banyak kutu

mengapa malu tudung itu
kau kata jika pakai kepalamu menggerutu
maka timbul rasa gatal menggaru-garu
tapi bila kau tak pakai tudung itu
kau masih gatal semahu-mahu
bila kau garu aku nampak hantu
menggerbang macam nak makan aku

kau kata kau ayu tanpa tudung itu
kau sisir rambutmu kemas ke bahu
kau senyum cheese dan aku tangkap gambarmu
tapi aku tahu kau tahu
gambar itu merakam satu maksiat pada Tuhanmu
kerana melanggar syariat tidak tutup auratmu
kau suruh aku simpan gambar itu
aku senyum malu-malu
lalu aku conteng gambar itu tutup auratmu
kau jerit melolong penat kau control ayu
tapi kau tahu aku tahu
malaikat rekod amalanmu
kelak di padang mahsyar kau tonton dengan pilu
mengapa tidak kau tutup auratmu
dengan tudung itu

aku kirimkan gambarmu bertudung itu
minta kau perhati betul-betul wajahmu
apakah ada cacat dan cela bila kau pakai tudung itu
bukankah perhiasanmu terpelihara kemas dalam tudung itu
Allah juga memelihara hambaNya yang punya rasa malu
dari memperlihatkan aurat dan berbuat maksiat
aku tahu kau tahu
kau bertudung lebih ayu
baru kelihatan kesopanan perempuan melayu

tapi hari ini aku malu dengan tudung itu
bukan kerna kau campakkannya seperti dulu
tapi kerana kau bertudung sambil perlihatkan pusatmu
apakah erti kau bertudung itu?
andai kau pakai baju ketat adikmu
tonjol dada tonjol pusat pada aku
aku tahu kau tahu
tudung itu sangat malu denganmu

IBN MUKHTAR
(31 JANUARI 2007)

Puisi pilihan. Karya Ibn Mukhtar. Perhatikan pada tiap baris puisi ini. Nak tergelak pun ada tapi puisi ini benar-benar mencuit hati saya. Mudah-mudahan ‘mereka‘ akan tergerak niat untuk memakai ‘proper hijab‘ bila sudah membaca puisi ini. :)

250px-iraqi_girl_smiles.jpg

h1

Quran Terbesar Di Dalam Dunia أكبر مصحف في العالم

Februari 2, 2007

s-q2.jpg

 

Quran terbesar di dalam dunia.

 

s-q4.jpg

h1

وحشتنى اوى

Februari 2, 2007

في النهار ده باكتب بسرعة علشان هألحق اكمل مذاكرة بعد ساعة. انا بس عايزة اكتب بالعربي علشان دي اول مرة اكتب في البلوجة دي بالعربي وانا بحب اللغة دي مع ان انا مش كويسة فيها…هااا..هااا..هااااااا
عربي..عربي…عربي..
اةةةة بموووووت فيها و بحسد العرب علشان بيعرفوا عربي كويس..انتهى.
ممم..انا بقالي مدة طويلة مشفتش اصحابي العرب و هم وحشونى جدااا. و عايزة اقول حاجة هنا : انا اسفة يا منووووة, انا مكانش عندي وقت كفاية علشان اعمل شات معاكى من بدري و برضو كنت مشغولة علشان الشغوووول. ان شاءالله ربنا يسهل علينا امورنا.امين يا رب

 

اجمل شيئ في الأخوة قلب صافي,
يحبك فيبحث عنك,
يفتقدك فيسأل عنك.
تشغله الدنيا فيذكرك,
يشتاق لك فيدعو لك.
اسعد الله اوقاتك
و سدد بالتوفيق خطواتك
و غفر زلاتك
آميييين

 

رقية

 

h1

Sheikh Nuruddin Marbubanjari Al-Makki

Februari 2, 2007

ustaz-nur.jpg

Jemputan ke majlis ilmu Sheikh Nuruddin Marbubanjari Al-Makki

Nak maklumkan pada ikhwah, PENGAJIAN BERSAMA FADHILATUSY SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBUBANJARI AL-MAKKI

Tarikh : 29 MUHARRAM 1428H/ 17 FEBRUARY 2007M,

Waktu : jam 9am – 10pm

Tempat : Dewan Solat, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA Gombak.

*Keterangan lanjut, sila hubungi: Akhi Zamir: 017-4030496, Hafiz: 013-2858607, Ukhti Hidayah: 019-3655488, Nur’ain: 013-308306

Syukran ila akhina khuwaidim. Boleh tolong sebarkan. Dan bagi mereka yang ingin mengenali lebih lanjut mengenai latar belakang Sheikh boleh klik di sini : http://abuanis.blogspot.com/

h1

Follow Your Dreams

Februari 1, 2007

Follow your dreams … Don’t be shy
Dreams have wings … They can fly
Soar with them … Touch the sky
Make a wish … Hopes never die.

If the day seemed not to be near …
If your smile chocked by a tear …
Listen to your heart … What you hear?!
It says alright, just face your fear.

So hold your dream, never let go …
Just make sure the sun will show …
So open your window. Don’t say “NO”!
Then the light just can flow.

Ruqayya - my unfathomable thoughts..erk

one world

h1

Haidh & Masjid (3)

Februari 1, 2007

Masjid

“Dan termasuk juga dalam erti kata masjid itu ruang udaranya [1], dindingnya atau sirdab [2] dan kawasan lapangnya.”
Dan masjid itu dita’rifkan sebagai masjid juga hanya apabila disangkanya tempat itu merupakan ruang bagi masjid tersebut walaupun dengan ijtihadnya sendiri. Dan bukanlah diantara alamat-alamat masjid itu dengan wujudnya minbar, hiasan-hiasan yang terdapat pada masjid, menara dan seumpanya. [3]

Faedah

Masjid itu merupakan tempat berhenti untuk bersholat dan semua orang tahu bahawa tempat itu adalah tempat sholat atau hanya menyangka dengan kadar kawasan penuh masjid itu atau keadaan masjid itu berdasarkan gambaran walaupun tempat itu umum/luas dan wajib baginya menjauhkan diri daripada tempat itu dengan segera.

_____________________________________________________

[1] Ruang udara : Ruang legar

[2] Sirdab : Binaan yang dimasukkan air pada musim panas untuk mendinginkan suhu yang berada di bawah buminya.

[3] Mughni Al-Muhtaj 1/36, Al-Syarqawi ‘ala syarhi at-tahrir 1/86, Hasyiah ibni ‘abidin 1/293, Manar Al-Sabil 1/57, Hasyiah Ad-Dusuqy 1/174, Rahmah Al-Ummah page 12.

Wallahu ‘Alim.

Sekian masalah mengenai hukum mengenai Haidh & Masjid. Kalau ada yang tidak faham, anda boleh baca untuk episod 1 & 2.

Sekian,

Ruqayya

Justice Of Palace

h1

Haidh & Masjid (2)

Januari 29, 2007

Hukum Lalu Di Dalam Masjid Tanpa Berhenti

“Para ulama’ (Syafiiyyah) telah bersepakat bahawa wanita haidh ditegah daripada melalui di dalam masjid dalam keadaan dia takut/bimbang darahnya akan mengotorkan masjid demi memelihara kesucian masjid dan ia seperti halnya dengan najis-najis yang lain. Adapun ketika yakin tidak akan mencemari masjid maka majoriti ulama’ mengharuskannya akan tetapi ia akan menjadi makruh tanpa sebarang hajat.

Daripada Hadrat Maimunah rdanha telah berkata : “Rasulullah meletakkan kepalanya pada riba salah seorang daripada kami sambil membaca al-quran sedangkan wanita itu (isteri) berada dalam keadaan haidh. Lalu, wanita itu bangun membawa tikar Baginda SAW ke dalam masjid dan telah menghamparkannya sedangkan beliau haidh.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa’i)

Ibnu Hajar Al-Haitami telah berpendapat bahawa tidak ternafi kemakruhan lalu di dalam masjid oleh wanita haidh ketika yakin tidak akan mencemari masjid dan juga mempunyai hajat. Ini adalah karena beratnya hadasnya. [1]

Fuqaha’ Hanafi berpendapat bahawa tidak boleh lalu di dalam masjid secara mutlak dan mereka telah berpegang dengan zahir hadis nabawi :

Maka sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi wanita haidh dan orang yang berjunub.

Ibnu ‘Abidin mengulas hadis ini dengan berkata : “Ianya memberikan pengertian dilarang masuk ke masjid walaupun hanya melaluinya sahaja.”

___________________________________________________

[1] Yakni : Lalu masjid pun tidak dibolehkan pada apa-apa keadaan.

Wallahu ‘Alim.

Nantikan untuk episod yang terakhir - episod ke-3 mengenai masalah masjid Inshallah.

Sekian,

Ruqayya

h1

Wanita & Isteri Di Awal Usia

Januari 28, 2007

Kita masih rancak cakap-cakap pasal hijab wanita dan Islam, kita tinggalkan sementara waktu, di mana saya ingin berkongsi pandangan anda mengenai :

Apakah pandangan anda mengenai wanita yang kahwin di awal usia? Adakah wajar mereka dipaksa untuk berkahwin? Atau perkara ini tidak sepatutnya diperlakukan terhadap wanita itu sendiri?

Saya pernah berjumpa dengan seorang budak perempuan melayu yang berumur 14 tahun. Dan si dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan! Suaminya pula dalam lingkungan umur 20-an. Bisa saya mendengar mereka yang kahwin di awal usia akan dipaksa oleh ayah-ayah mereka. Agak kasar dikatakan ‘paksa’. Mungkin lebih elok saya kata ‘targhib’. Walaupun mereka tidak berapa suka menjadi isteri kepada seorang lelaki di awal usia, tapi, apa yang telah saya lihat, mereka tampak lebih ceria bila sudah bersuami.

Pada pandangan saya, cara begini agak elok juga, sekurang-kurangnya gejala sosial akan berkurangan kalau ramai wanita berkahwin di awal usia. Dan mereka akan cepat matang. Saya tetap pandang baik bagi wanita yang kahwin di awal usia.

Mengenai pengajian pula, mungkin kalau kita pergi ke negara-negara Arab, kita sendiri akan dapat lihat bagaimana wanita-wanita yang berkahwin awal akan diasingkan daripada suami mereka. Mengenai tempat tinggal pula, mereka akan duduk di rumah parents sendiri. Bila masing-masing sudah habis belajar, mereka akan mula membuat perancangan untuk mempunyai anak.

Ini situasi bila berkahwin ketika dedua belah pihak masih belajar. Tang duit hantaran tu abaikan dulu.

Tapi, macam mana pulak kalau isteri masih belajar tapi suami sudah berkerja? Macam agak susah lah pulak. Huhu..

Open for disscusion.

Sekadar pandangan,

Ruqayya

h1

Women & Islam

Januari 27, 2007

Muslim Women & Islam

I often read about this thingy or even hear it with my own ears on :

* Wearing the Muslim veil is far from being a symbol of modesty. Iit has become a symbol of the oppression of women, of extreme religious bias. (????????)

Question arises : Where has this image come from? That makes Islam seem so violent, so aggressive, so uncompromising in its dealings with others??? And as we know, daily news coverage always brings to our screens images of extreme violence on Islam itself. The image that many give to the world is a false image of Islam! Islam is not violent. Actually, the idea of a ‘Muslim terrorist’ is abhorrent to true Islam!

On top of that, the Orientalists also, often disguise as women in veils and long black clothes, seek to penetrate forbidden worlds. That is extremendously a false image of Islam!

So, in this related subject, I am trying to clear away some of the obstacles which might prevent us from understanding what Muslim women really are. Remember, humans make mistakes. We are not angels and we are influenced by all sorts of things.

Non-muslims cannot be introduced to Islam without us saying a few words about certain ways of behaving that seem strange. We must say at the start about the Islam treats women. Or rather, we need to say something about what people think it says. Remember, different cultures and different backgrounds look at different things in different ways. It doesn’t make them right or wrong. It’s just different.

Okay, let me give an analogy. If I look at a painting from the front, I will see something totally different from someone who looks at it from the back although we are both looking at the same object. And it is depending on where we are coming from. Then, will influence how we understand. Is that clear?

Let us give another example. Muslim women in the gulf states, Iran and Afghanistan for example, are swathed in black from head to toe. Exposing only their hands and part of their face or maybe vice versa (fully veiled). If one is not used to this, he would instantly see it as cruel. How oppressive. How old fashioned. How odd, he would say. This mindset sees women swathed in black as wrong.

The truth is, Islam requires men and women to wear modestly and it is common sense, which recognizes that man and women have feeling towards each other that can lead to immodest ways of behaving. Islam offers a way for both men and women to live in a modest and chaste way.

For most Muslim women, this would mean by wearing the Muslim veil in front of all men who are not a part of the family. From the other side of view, in other Muslim societies, women cover completely when they are outside their homes. How come these both happen altogether in different ways? Let us try this idea : Maybe that women want to give themselves totally to the one they love. So much so, that the only one they want even to see them is their husband. The idea from this point of view is quite romantic. Isnt it? :D

Islam also gives the rights to women. Her marriage dowry (mas kahwin/mahar) remains completely hers and cannot be touched by her husband. A wife is entitled by right to be provided for. She doesn’t need to work if she doesn’t want to. The right and respect which Islam gives to women were revolutionary when they were first introduced into the Arabian Peninsula. If you go down to any local market in Cairo or in Arab world or any Arab women in any local market, you will see the rights of women in action.

The husband will be carrying two shopping bags or more, his son will be sitting on his shoulder and his young daughter will be holding his hand while his wife will be walking ahead of them, looking for vegetables and stuffs etc. See, lived reality isn’t all what the newspapers would have us believe!!!

The Prophet said, what translated means : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Yes, paradise lies at the feet of your mother.

It is a fact of our human condition that we are always looking for someone to blame.

“Somebody should do something about it,” we often hear this, aren’t we?

Life is always pointing out to us our shortcomings, telling us how we, somehow don’t quite make the mark. So, if one happens to be worse than us, it means that we are not the worst. We look for wrongdoers and convince ourselves that maybe we are not so bad. True.

Even politicians too, anxiously looking for someone else to be blamed, absolving themselves, and us of all blame. Unfortunately life isn’t that simple. Hmmm…

Perhaps we should point a finger or two at ourselves first, and the wrong things we’ve done before we jump into conclusions and start looking to blame others. Any objection?

Yours,

Ruqayya

h1

Pengumuman!!

Januari 27, 2007

Untuk makluman anda, blog lama tidak akan digunakan lagi dan akan di-delete dalam jangka masa yang terdekat, akan tetapi artikel-artikel lama yang ada di blog lama akan dipindahkan ke blog ini dan akan diletakkan di bawah kategori ‘Blog Lama’. Tidak semua artikel akan dipindahkan ke sini. Mana-mana artikel yang saya rasa macam penting sahaja akan dipindahkan ke sini. Harap maklum.

Sekian,

Ruqayya

h1

Haidh & Masjid (1)

Januari 27, 2007

Hukum Wanita Haidh Yang Duduk Di Dalam Masjid

Di dalam kitab Al-Ihatah karangan Sheikhuna Nuruddin Marbubanjari Al-Makkiy (‘Afallahu ‘anhu), cetakan yang kedua, page 54, beliau telah menghuraikan dengan ringkas tetapi padat:

Dan diharamkan kepada wanita haidh duduk berdiam diri di dalam masjid dengan niat ‘itikaf,duduk atau tidur dan sepertinya iaitu berulang-alik di dalam masjid tanpa duduk seperti sabda Nabi SAW :

Tidak aku halalkan masjid untuk orang yang berjunub dan tidak juga wanita haidh. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud,Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah telah mentashihkannya)

Dan hukum inilah yang dipegang oleh jumhur fuqaha’ daripada Hanafiyya,Malikiyyah,Syafiiyyah,Hanabilah dan selain daripada mereka.

h1

B L O G LAGI??

Januari 26, 2007

Kenapa blog baru?

Sebab : ‘Tahun Baru Blog Baru’ : Musim Baru Citarasa Baru. :D

Perlu diingatkan, tahun baru di sini adalah tahun hijri bukan masihi. Harap maklum. ;)

Setiap insan memerlukan kepada pembaharuan untuk menghidupkan kembali semangat. Begitu juga saya, saya juga teringin kepada pembaharuan dalam hidup saya. :)

Pembaharuan?

Ya, pembaharuan. Dan saya ingin menulis sedikit sebanyak mengenai pembaharuan di dalam blog ini, antaranya :

[1] Blog ini akan di-update paling kurang 1 kali dalam seminggu dan paling banyak 3 kali dalam seminggu. Ini kerana saya masih syughul untuk melakukan kerja-kerja yang lain selain kerja di blog ini. Lagipun duduk depan komputer lama-lama membuatkan mata saya cepat lesu dan automatically akan rasa penat. Saya lebih gemar membaca buku daripada membaca artikel-artikel di internet. Jika saya berminat dengan mana-mana artikel, maka saya akan print out. Duduk lama-lama depan komputer tidak elok untuk mata dan kepala. (Siapa mengaku dirinya a geek angkat tangan!Hehe)

[2] Blog ini tidak akan mengupas mengenai isu politik. Blog ini perlu bersih dari sebarang unsur politik. Sebarang komen atau pandangan yang berkait rapat dengan isu politik akan serta-merta di-delete. Harap maklum.

[3] Blog ini lebih tertumpu kepada konsep islamik generally. (Traditional Islam)

[4] Blog ini bukan tempat untuk berjidal. Sebarang soalan atau komen yang membawa bentuk ke arah perdebatan akan serta merta di-block. Kalau masing-masing tidak mahu menerima pendapatnya, maka diharap anda boleh pergi ke tempat lain that suits you.

[5] Saya sukakan puisi. Maka blog ini juga akan dipenuhi dengan puisi-puisi yang boleh buat saya berfikir, merenung jauh dan menyelami keagungan Rabb sekalian alam. Puisi boleh jadi saya copy-paste kawan punya, sendiri punya, atau ulama’-ulama’ punya.

[6] Blog ini tidak memuatkan CBOX sepertimana yang terdapat di blog lama saya. Pernah cuba untuk memuatkan CBOX di sini, tapi hasilnya tidak berkesan. Siapa tahu boleh tolong?

[7] Wa akheeran, blog ini menginginkan kebebasan, maka bebaskanlah ia dari perkara-perkara yang tidak baik. Harap dapat membantu. Terima kasih.

Sekian,

Ruqayya.

h1

B I S M I L L A H

Januari 26, 2007

 

 

5486433.jpg
B I S M I L L A H
It’s a habit of yours to walk slowly.
You hold a grudge for years.
With such heaviness, how can you be modest?
With such attachments, do you expect to arrive anywhere?

Be wide as the air to learn a secret.
Right now you’re equal portions clay
and water, thick mud.
Abraham learned how the sun and moon and the stars all set.
He said, No longer will I try to assign partners for God.

You are so weak. Give up to grace.
The ocean takes care of each wave
till it gets to shore.
You need more help than you know.
You’re trying to live your life in open scaffolding.
Say Bismillah, In the name of God
as the priest does with a knife when he offers an animal.

Bismillah your old self
To find your real name.

* Jalal al-din Rumi — Kulliyat-e Shams, 1073 Furuzanfar’s Edition
Page 70 - “The Essential Rumi -
Translated by Coleman Barks

Baca baki entri ini »